Hari Ini: Selasa, 22 Ogos 2017     Bahasa : English | B.Melayu

PELAKSANAAN ELAUN MURID BERKEPERLUAN KHAS (EMK) KATEGORI ORANG KURANG UPAYA (OKU) NEGERI JOHOR FASA PERTAMA TAHUN 2016

By
Updated: March 17, 2016

Cetak
Pengetua/Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Kota Tinggi

Tuan,

PELAKSANAAN ELAUN MURID BERKEPERLUAN KHAS (EMK) KATEGORI ORANG KURANG UPAYA (OKU) NEGERI JOHOR FASA PERTAMA TAHUN 2016

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan berkaitan.

2. Bersama-sama ini dipanjangkan surat edaran JPNJ.UPK(33)/100-19/1/2 Jld.8 ( ) bertarikh 16 Februari 2016 dan surat rujukan KPMSP.800-4/1/1(100) bertarikh 3 Februari 2016 untuk perhatian dan tindakan tuan selanjutnya.
3. Untuk maklumat tuan, Pelaksanaan permohonan EMK (secara online – APB) oleh Kolej Matrikulasi/sekolah adalah pada 1 – 31 Mac 2016.
3. Sehubungan itu, pihak tuan dipohon untuk mematuhi perkara-perkara yang disenarai dan juga mengambil kira tempoh proses pengemaskinian maklumat dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) pada Januari hingga Februari 2016.
4. Setiap Kolej Matrikulasi/sekolah yang mempunyai murid Orang Kurang Upaya (OKU) perlu mengunci masuk maklumat murid OKU (bagi permohonan baru) dan mengemaskini data murid OKU (bagi permohonan sedia ada) ke dalam sistem atas talian EMK di pautan http://apdm.moe.gov.my/ bagi membolehkan pembayaran dibuat kepada murid yang layak.
5. PERMOHONAN EMK FASA KEDUA HANYA DIBUKA UNTUK MURID OKU YANG MENDAPAT KAD OKU SELEPAS 1 APRIL 2016. Permohonan yang tidak memenuhi kriteria atau lewat diterima AKAN DITOLAK dan pihak sekolah adalah bertanggungjawab sepenuhnya di atas penolakan atau pengurangan pembayaran tersebut.
7. Pembayaran tidak akan dibuat bagi sekolah yang tidak mengemaskini permohonan tahun semasa. Bagi kes penggantian kad OKU, pihak kolej matrikulasi/sekolah hendaklah memasukkan nombor kad OKU yang baru dan tarikh kad OKU yang asal.

8. Segala kerjasama pihak tuan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Muat turun Lampiran / Dokumen