Hari Ini: Jumaat, 22 September 2017     Bahasa : English | B.Melayu

MENGGALAKKAN PENGGUNAAN VLE FROG DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KOTA TINGGI TAHUN 2016

By
Updated: March 14, 2016

Cetak
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

  1. Adalah dimaklumkan bahawa status penggunaan VLE Frog dalam pengajaran dan pembelajaran sekolah-sekolah daerah Kota Tinggi bagi bulan Januari dan Februari adalah amat rendah berbanding daerah lain di negeri Johor.
  1. Sehubungan dengan itu mohon jasa baik pihak tuan untuk menggalakkan dan memantau penggunaan VLE Frog dalam pembelajaran dan pengajaran di sekolah tuan mengikut KPI yang ditetapkan. Maklumat terperinci penggunaan VLE Frog boleh diperolehi melalui alamat URL http://edw.yes.my/MOEReports/ dengan menggunakan ”User name : MoeJohor” dan ”password: MoeJohor123m”. Rumusan penggunaan VLE Frog dalam pembelajaran dan pengajaran sekolah-sekolah daerah Kota Tinggi juga boleh dilihat di portal rasmi Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi. Pelaporan penggunaan VLE Frog ini akan dipaparkan di portal rasmi Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi dari semasa ke semasa.                                                          
  1. Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan En Samsudin bin Mohd Aripin – Penolong PPD Teknik dan Vokasional (R) (013-7481109) atau En Zamzure bin Yusup – Penolong PPD ICT (013-7300271).

Semoga dalam makluman dan tindakan tuan selanjutnya.

 

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menurut perintah,

 

(MD DIN BIN HUSSIEN)

Pegawai Pendidikan Daerah

Kota Tinggi

 

s.k: Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi

Muat turun Lampiran / Dokumen