Hari Ini: Selasa, 22 Ogos 2017     Bahasa : English | B.Melayu

SENARAI SEMAK PERMOHONAN EMK FASA PERTAMA TAHUN 2016

By
Updated: April 12, 2016

Cetak
Peringatan Terakhir,

Salam 1 Malaysia

Kepada
Pengetua dan Guru Besar
Sekolah Daerah Kota Tinggi

Adalah dimaklumkan sehingga kini data permohonan EMK Fasa Pertama Tahun 2016 masih lagi tidak lengkap, mohon jasa baik tuan/puan untuk menghantar dokumen yang diperlukan. Bersama-sama ini dilampirkan Senarai semak permohonan EMK Fasa Pertama Tahun 2016 bagi rujukan pihak tuan/puan. Bagi sekolah yang berwarna merah dan kuning, mohon lengkapkan dan menghantar dokumen yang diperlukan. Dokumen tersebut hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 12.04.2016 jam 2 petang. Tuan/puan akan dipertanggungjawabkan di atas kegagalan untuk menghantar dokumen tersebut.
Borang yang diperlukan telah dimasukkan ke dalam portal PPD Kota Tinggi pada 22.03.2016, Bagi sekolah yang telah berjaya menghantar diucapkan tahniah dan terima kasih atas komitmen yang diberikan. Segala kesulitan amatlah dikesali dan segala kerjasama didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Tarmizi bin Muhammad (Pen PPD Pend.Swasta/Pend. Khas)

Muat turun Lampiran / Dokumen