Hari Ini: Selasa, 21 November 2017     Bahasa : English | B.Melayu

KUTIPAN DERMA HARI BENDERA SEKOLAH KANAK-KANAK ISTIMEWA JOHOR BAHRU, JOHOR

By
Updated: May 17, 2016

Cetak
Pengetua/Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Kota Tinggi

Tuan,

KUTIPAN DERMA HARI BENDERA
SEKOLAH KANAK-KANAK ISTIMEWA JOHOR BAHRU, JOHOR

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan Persatuan Bagi Kanak-Kanak Kerencatan Akal Johor (PBKKAJ) yang mengelolakan Sekolah Kanak-Kanak Istimewa Johor Bahru (SKIJB) mengadakan aktiviti Amal Derma Hari Bendera ke sekolah-sekolah yang telah mendapat kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

3. Sehubungan dengan itu, pihak tuan dipohon mengambil surat dan tabung derma di kaunter Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi bagi menjalankan kutipad derma tersebut.

4. Semoga berada dalam makluman dan tindakan pihak tuan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

“SEHATI SEJIWA”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”