Hari Ini: Ahad, 28 Mei 2017     Bahasa : English | B.Melayu

KEMPEN KEMANUSIAN AMAN PALESTIN : 1 SEKOLAH 1 TABUNG , 1 MURID 1 RINGGIT

By
Updated: June 13, 2016

Cetak
Guru Besar dan Pengetua
Sekolah-sekolah Daerah Kota Tinggi

Tuan

KEMPEN KEMANUSIAN AMAN PALESTIN : 1 SEKOLAH 1 TABUNG , 1 MURID 1 RINGGIT

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.       Pihak Aman Plaetin Berhad Cawangan Johor telah membuat permohonan  menjalankan kempen tersebut di sekolah-sekolah daerah Kota Tinggi . Permohonan tersebut telah di persetujui berdasarkan kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Salinan dokumen-dokumen berkenaan boleh dimuatturun melalui portal b4.my/amanpalestindoc . Pihak sekolah boleh mendapatkan tabung kutipan melalui Unit Pembangunan Kemanusiaan, PPD Kota Tinggi.

3.       Kempen ini bermula dari 15 Mei 2016 hingga 31 Ogos 2016. Pihak sekolah boleh memasukkan kutipan derma/sumbangan tersebut terus ke dalam akaun bank Aman Palestin Berhad seperti yang diberikan, dalam tempoh kempen ini.

4.      Kerjasama pihak sekolah adalah diminta :-
4.1  melaporkan setiap transaksi yang dibuat melalui portal b4.my/laporanamanpalestin sebelum
31 Ogos 2016.
4.2 menyerahkan salinan slip bank kepada Penyelia Kanan HEM, PPDKT

5.      Sebarang pertanyaan mengenai kempen ini sila ajukan kepada En Mohd Syafiq bin Adnan @ 01132751150  atau En Omar Siddiq b Mohd Bahrudin @ 0148099289.

Segala kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.