Hari Ini: Ahad, 22 Oktober 2017     Bahasa : English | B.Melayu

PEMANTAUAN MAKLUMAT PENGURUSAN DISIPLIN (BPD) DI SEKOLAH 2016

By
Updated: June 19, 2016

Cetak
Pengetua / Guru Besar

Sekolah-Sekolah Menengah / Rendah

Daerah Kota Tinggi

 

Tuan,

PEMANTAUAN

MAKLUMAT PENGURUSAN DISIPLIN (BPD) DI SEKOLAH 2016

 Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan berkaitan.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Johor telah menyelaraskan pengumpulan data BPD1 ini melalui kaedah online bagi seluruh negeri Johor dan modul ini boleh dilayari di URL http://www.mssj.edu.my/e-spk/bpd
  1. Sehubungan dengan itu, kerjasama pihak tuan adalah diminta untuk melayari URL berkenaan dan seterusnya melengkapkan data berkenaan berdasarkan borang BPD1 (contoh borang)  selewat-lewatnya pada 14 Julai 2016. Pihak tuan diminta mencetak borang yang telah lengkap dan disimpan dalam fail berkenaan untuk sebarang rujukan bila diperlukan.   Sebarang pertanyaan akan perkara ini, sila hubungi Penolong PPD Kemanusiaan, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi (013 – 7489417 atau 07-8833214).
  1. Kerjasama pihak tuan dalam mengutamakan perkara ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Berita ditulis:

Penolong PPD Kemanusiaan

19 Jun 2016