Hari Ini: Khamis, 24 Ogos 2017     Bahasa : English | B.Melayu

MAJLIS APRESIASI DAN GRADUASI PENDIDIKAN KHAS DAERAH KOTA TINGGI 2016

By
Updated: November 13, 2016

Cetak
Pengetua/Guru Besar,
Program Integrasi Pendidikan Khas,
Sekolah-Sekolah Daerah Kota Tinggi,

Tuan,

MAJLIS APRESIASI DAN GRADUASI PENDIDIKAN KHAS DAERAH KOTA TINGGI 2016

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Adalah dimaklumkan Majlis Apresiasi dan Graduasi Pendidikan Khas Peringkat Daerah Kota Tinggi 2016 bagi memberi penghargaan kepada murid-murid Pendidikan Khas ( OKU ) serta guru-guru dan pihak sekolah atas pencapaian kecemerlangan bagi tahun 2015 dan 2016 akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 15 November 2016 (Selasa)
Masa : 2.00 petang – 5.00 petang
Tempat : Dewan Serbaguna Taman Kota Jaya, Kota Tinggi
Raptai : 10.00 pagi – 12.00 tengahari

3. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak tuan untuk membenarkan Guru Pendidikan Khas ,Pembantu Pengurusan Murid Pendidikan Khas dan murid pendidikan khas sekolah tuan menyertai majlis tersebut.

4. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Tarmizi bin Muhammad, Penolong PPD Pendidikan Khas/Pemulihan, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi ditalian 07-8833249 atau 019-7137177.

Muat turun Lampiran / Dokumen