Hari Ini: Khamis, 27 April 2017     Bahasa : English | B.Melayu

KEMASKINI MAKLUMAT PENERIMA TERTANGGUNG ELAUN MURID BERKEPERLUAN KHAS (EMK) KATEGORI ORANG KURANG UPAYA (OKU) TAHUN 2017

By
Updated: December 4, 2016

Cetak
Pengetua / Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Kota Tinggi

Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Bersama-sama ini dipanjangkan surat daripada Bahagian Kewangan, KPM KPMSP.800-4/1/1 Jld.3(28) bertarikh 21 November 2016 untuk perhatian dan tindakan pihak tuan selanjutnya.

Sehubungan itu, pihak tuan diminta untuk mengarahkan Guru Biasiswa EMK bagi sekolah yang menawarkan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM) bagi sekolah yang tidak menawarkan PPKI untuk mengemaskini maklumat penerima melalui sistem Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB) di pautan http://apb1.moe.gov.my sebelum 21 Disember 2016.

Sebarang kes keciciran adalah di bawah tanggungjawab pihak sekolah.

Sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini, pihak tuan boleh menghubungi :
1. En. Mohd Hisham bin A Rahim di talian 07-2310004 samb. 1089
2. En. Sharizad bin Razali di talian 07-2310004 samb. 1091

Sila rujuk lampiran.

Muat turun Lampiran / Dokumen