Hari Ini: Selasa, 24 Oktober 2017     Bahasa : English | B.Melayu

SURAT TAWARAN BAHARU ELAUN MURID BERKEPERLUAN KHAS (EMK) KATEGORI ORANG KURANG UPAYA (OKU) FASA KEDUA TAHUN 2016

By
Updated: December 4, 2016

Cetak
Pengetua / Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Kota Tinggi

Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Bersama-sama ini dilampirkan salinan surat daripada Bahagian Pendidikan Khas, KPM KPMSP.800-4/1/1 Jld.3(41) bertarikh 29 November 2016dan surat daripada Bahagian Kewangan, KPM KPMSP.800/4/1/1 Jld.3(31) bertarikh 23 November 2016 untuk perhatian dan tindakan pihak tuan selanjutnya.

Sehubungan itu, jabatan ini telah menerima surat pemakluman berhubung ketiadaan penawaran Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK) Fasa Kedua Tahun 2016. Pihak tuan dipohon untuk memaklumkan perkara ini kepada ibu bapa/penjaga dan sekolah-sekolah di bawah kawalan masing-masing.

Segala kerjasama pihak tuan dalam melancarkan urusan ini amat dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sebarang pertanyaan, pihak tuan boleh menghubungi :
1. Encik Mohd Hisham bin A Rahim di talian 07-2310004 samb. 1089
2. Encik Sharizad bin Razali di talian 07-2310004 samb. 1091

Sila rujuk lampiran.

Muat turun Lampiran / Dokumen