Hari Ini: Selasa, 21 November 2017     Bahasa : English | B.Melayu

PENYEDIAAN SENARAI PERANCANGAN PROGRAM/PROJEK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN KHAS BAGI ROLLING PLAN KETIGA (RP3) TAHUN 2018, RANCANGAN MALAYSIA KESEBELAS (RMKe-11), KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

By
Updated: January 9, 2017

Cetak
Subject: PENYEDIAAN SENARAI PERANCANGAN PROGRAM/PROJEK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN KHAS BAGI ROLLING PLAN KETIGA (RP3) TAHUN 2018, RANCANGAN MALAYSIA KESEBELAS (RMKe-11), KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ

Pengetua/Guru Besar
Program Pendidikan Khas Integrasi
Sekolah-sekolah Daerah Kota Tinggi

Tuan/Puan,

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas) telah menerima e-mail daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) berkaitan perancangan projek bagi Rolling Plan Ketiga (RP3) bagi Tahun 2018. Untuk pengetahuan pihak Tuan/Puan keseluruhan permohonan bagi RP2 adalah TIDAK DILULUSKAN oleh pihak agensi pusat.

3. Sehubungan dengan itu, kerjasama Tuan/Puan adalah dimohon untuk menyenaraikan cadangan program/projek bagi permohonan JPN (USNT PPKI) dalam RP3 Tahun 2018. Berikut adalah beberapa pertimbangan yang perlu diberi perhatian dalam penyenaraian cadangan program/projek tersebut:

i. Memberi keutamaan kepada program/projek yang kritikal dan berimpak tinggi.
ii. Menyusun semula keutamaan dengan mengambil kira program/projek yang telah disenaraikan dalam permohonan RP1 dan RP2 yang lalu tetapi tidak diluluskan oleh pihak agensi pusat.

4. Bersama-sama ini dilampirkan contoh templat format excel penyenaraian program/projek (perlu disusun mengikut keutamaan) untuk perhatian dan tindakan Tuan/Puan. Templat tersebut adalah mengikut format yang terdapat dalam Sistem Pemantauan Program/Projek (SPPII).

5. Kerjasama Tuan/Puan adalah dimohon untuk melengkapkan templat tersebut dan menyerahkannya kepada En. Tarmizi bin Muhammad melalui e-mail pkhaskotatinggi@gmail.com sebelum 10 Januari 2017 (Selasa) untuk tindakan bahagian ini selanjutnya.

6. Sekiranya pihak Tuan/Puan mempunyai sebarang kemusykilan berkaitan perkara di atas, sila berhubung dengan En Tarmizi bin Muhammad ditalian 07-8833249 / 0197137177 atau Shahiran Bin Kamaruddin di talian 07-2310086

Muat turun Lampiran / Dokumen