Hari Ini: Jumaat, 18 Ogos 2017     Bahasa : English | B.Melayu

PEROLEHAN MELEBIHI HAD RM20,000 DAN SEBUTHARGA DI SEKOLAH-SEKOLAH

By
Updated: January 12, 2017
Cetak
PERINGATAN MESRA
 
 
TATACARA PEROLEHAN SEKOLAH – PEROLEHAN MELEBIHI RM20,000 BAGI SATU ITEM MEMERLUKAN KELULUSAN KPTJ DAN MELAKSANAKAN SEBUT HARGA
 
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas serta surat JPNJ.AKN(40)/400-2/1/13/1Jld.3 (10 ) bertarikh  03 Mac 2016 adalah berkaitan.
 
2.         Adalah diingatkan bahawa setiap Pengurus Sekolah bertanggungjawab untuk merancang perbelanjaan sebelum membuat perbelanjaan berdasarkan peruntukan yang diterima. Oleh itu setiap perbelanjaan perolehan yang dijangka melebihi RM20,000.00 (Ringgit Malaysia dua puluh ribu) bagi setiap satu item  hendaklah mengambil tindakan seperti berikut;
 
2.1.      Membuat permohonan kelulusan Ketua Pusat Tanggung Jawab  pembelian melebihi had perolehan bagi setiap 1 item,
 
2.2.      Membuat sebutharga setelah kelulusan KPTJ diterima.
 
3.         Oleh itu Pengurus Sekolah perlu memastikan permohonan kelulusan tersebut  dibuat mulai bulan Januari 2017 (bagi setiap tahun) berdasarkan peruntukan yang diterima.
 
Sekian, terima kasih.