Hari Ini: Isnin, 27 Mac 2017     Bahasa : English | B.Melayu

JADUAL PELAKSANAAN UJIAN DAN PENGHANTARAN DATA PROGRAM 100% CELIF HURUF (P1NCH) NEGERI JOHOR TAHUN 2017

By
Updated: February 15, 2017

Cetak
Pengetua /Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah
Kota Tinggi

Tuan

JADUAL PELAKSANAAN UJIAN DAN PENGHANTARAN DATA PROGRAM 100% CELIF HURUF (P1NCH) NEGERI JOHOR TAHUN 2017

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Program 100% Celik Huruf (P1NCH) tahun ini akan diteruskan secara menyeluruh di semua sekolah-sekolah rendah dan menengah negeri Johor. Ini bertujuan untuk mencapai sasaran sifar Literasi dan Numerasi (3M) dengan mengenalpasti dan membantu murid-murid yang gagal menguasai kemahiran asas tersebut.

3. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak tuan memastikan Program P1NCH ini dapat dilaksanakan dengan jayanya disekolah tuan. Bersama-sama ini disertakan jadual pelaksanaan oleh semua sekolah seperti yang dilampirkan.

4. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara tersebut, sila hubungi En Tarmizi bin Muhammad, Penolong PPD Pendidikan Khas dan Pemulihan di talian 07-8833249 atau 019-7137177. Komitmen dan kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih.
Sekian.

Muat turun Lampiran / Dokumen