Hari Ini: Selasa, 21 November 2017     Bahasa : English | B.Melayu

VERIFIKASI KEBERADAAN MURID UNTUK PEMBAYARAN EMK BAGI KATEGORI OKU TAHUN 2017

By
Updated: March 15, 2017

Cetak
Pengetua / Guru besar
Sekolah-sekolah Daerah kota Tinggi

Tuan

VERIFIKASI KEBERADAAN MURID UNTUK PEMBAYARAN EMK BAGI KATEGORI OKU TAHUN 2017

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk

2. Jabatan Pendidikan Negeri Johor sedang mengenal pasti keberadaan murid bagi menampung keperluaan pembayaran untuk tempoh 6 bulan (Januari-Jun) 2017 bagi penerima EMK bedasarkan pengemaskinian maklumat di dalam sistem Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB) pada bulan Disember 2016. Bersama-sama ini disertakan format kutipan data verifikasi seperti di bawah:

2.1 LAMPIRAN A – Senarai sekolah dan Murid Berkeperluan Khas (MBK) bedasarkan Permohonan EMK pada Disember 2016. Sila rujuk email rasmi sekolah (kodsekolah@moe.edu.my)

2.2 LAMPIRAN B – Senarai Nama Murid Berkeperluan Khas (MBK) yang iada dalam LAMPIRAN A (Senarai MBK Berdasarkan Permohonan EMK pada Disember 2016)

3. Mohon kerjasama tuan mengenalpasti keberadaan murid dan mengembalikan semula data ini dengan lengkap secara softcopy melalui email ke pkhaskotatinggi@gmail.com dan secara hardcopy yang telah disahkan kepada Encik Tarmizi bin Muhammad, Penolong PPD Pendidikan Khas / Pemulihan, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi sebelum atau pada 22 Mac 2017.

Muat turun Lampiran / Dokumen