Hari Ini: Khamis, 27 April 2017     Bahasa : English | B.Melayu

PEMANTAUAN PENGHANTARAN PENYATA KEWANGAN AKAUN SEKOLAH TAHUN 2015 DAN 2016 DAN PENGUMPULAN DATA BAKI KUMPULAN WANG SEKOLAH

By
Updated: March 16, 2017

Cetak
Pengetua/Guru Besar

Sekolah-Sekolah Daerah Kota Tinggi

Tuan/Puan,

Untuk makluman pihak tuan/puan, Bahagian Akaun KPM sedang dalam usaha mengumpulkan maklumat penghantaran Penyata Kewangan Tahunan Sekolah kepada Bahagian Audit Sekolah (BAS). Disamping itu juga, beberapa maklumat penting berkenaan baki Kumpulan Wang Sekolah turut diperlukan bagi pengumpulan data baki awal dalam Pelaksanaan Kumpulan Wang Amanah Sekolah (KWAS) tahun 2018. Bagi menjayakan pengumpulan maklumat berkenaan, mohon jasa baik semua sekolah mendapatkan maklumat yang diperlukan seperti berikut:

i. Maklumat Penghantran Penyata Kewangan Sekolah kepada BAS (Tahun 2015 & 2016);

ii. Jenis Penyata Kewangan Sekolah yang dihantar (PATSKOM / eSPKWS) tahun 2015 & 2016; dan

iii. Baki Aset & Kumpulan Wang Terkumpul (KWT) setiap kumpulan wang sekolah (Tahun 2015 & 2016)

3. Semua maklumat berkenaan hendaklah disediakan mengikut format yang telah disediakan seperti yang dikepilkan. Mohon jasa baik tuan/puan dapat melengkapkan maklumat berkenaan sebelum/pada 20 Mac 2017. Maklumat berkenaan hendaklah dihantar ke alamat email ppd_kotatinggi@moe.gov.my. Kerjasama dan tindakan segera daripada tuan/puan amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih

Sekian, terima kasih.

Muat turun Lampiran / Dokumen