Hari Ini: Selasa, 24 Oktober 2017     Bahasa : English | B.Melayu

PEMBUKAAN SISTEM APLIKASI PENGURUSAN BANTUAN (APB) UNTUK PERMOHONAN ELAUN MURID KHAS BERKEPERLUAN KHAS (EMK) TAHUN 2017

By
Updated: April 16, 2017

Cetak
Pengetua/Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Kota Tinggi

Tuan,

PEMBUKAAN SISTEM APLIKASI PENGURUSAN BANTUAN (APB) UNTUK PERMOHONAN ELAUN MURID KHAS BERKEPERLUAN KHAS (EMK) TAHUN 2017

Dengan hormatnya surat dari Jabatan Pelajaran Johor JPNJ.UPK (33)/100-191/2/ Jld.11 (33) bertarikh 09 Mac 2017dan surat daripada Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia rujukan KPMSP.800-4/1/1 Jld.4(92 ) bertarikh 23 Februari 2017 adalah dirujuk dan berkaitan.

2. Bersama-sama ini dilampirkan surat berkenaan yang dengan sendirinya menerangkan maksudnya untuk makluman dan tindakan pihak tuan selanjutnya.

3. Sehubungan itu, pihak tuan dipohon untuk mematuhi perkara-perkara yang disenarai dan juga mengambik kira tempoh proses pengemaskinian maklumat dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM). Tempoh pembukaan sistem APB adalah bermula 1 April hingga 30 April 2017. Manakala pada 1 Julai hingga 15 Julai 2017 dikhususkan untuk pelajar baharu yang mendaftar di Kolej Matrikulasi untuk sesi pengajian tahun 2017/2018 sahaja. Sesi Permohonan ini adalah disasarkan kepada murid yang layak tetapi tidak tersenarai di dalam senarai nama penerima EMK bedasarkan pengemaskinian maklumat di sistem APB pada bulan Disember 2016.

4. Pihak tuan juga diminta membuat cetakan permohonan Senarai Pelajar Layak Memohon EMK 2017 (Seperti Lampiran) dan perlu dihantar ke Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi (u.p : Encik Tarmizi bin Muhammad, Penolong PPD Pendidikan Khas & Pemulihan) sebelum atau pada 30 April 2017.

5. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, sila hubungi En. Tarmizi bin Muhammad di talian 07- 8833249 atau 019-7137177. Segala kerjasama tuan dalam perkara di atas amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Muat turun Lampiran / Dokumen