Hari Ini: Jumaat, 21 Julai 2017     Bahasa : English | B.Melayu

KUTIPAN DERMA HARI BENDERA SEKOLAH KANAK-KANAK KERENCATAN AKAL JOHOR

By
Updated: May 17, 2017

Cetak
Pengetua/Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Kota Tinggi

Tuan,

KUTIPAN DERMA HARI BENDERA SEKOLAH KANAK-KANAK KERENCATAN AKAL JOHOR (NO. PENDAFTARAN : JSAAB002)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan berkaitan.

2. Bersama-sama ini disertakan surat Persatuan Bagi Kanak-kanak Kerencatan Akal Johor PBKKAJ 101/Jld.16(11) bertarikh 9 Mei 2017 dan surat Jabatan Pendidikan Negeri Johor JPNJ.PP(31)100-5/5/1Jld.23(22) bertarikh 7 Mei 2017 yang dengan sendiri menerangkan maksudnya.

3. Dimaklumkan surat dan tabung berkenaan boleh diambil di Kaunter Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, sila hubungi En. Tarmizi bin Muhammad, Penolong PPD Pendidikan Khas & Pemulihan di talian 07- 8833249 atau 019-7137177

4. Segala kerjasama tuan dalam perkara di atas amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Muat turun Lampiran / Dokumen