Hari Ini: Ahad, 20 Ogos 2017     Bahasa : English | B.Melayu

LATIHAN PUSAT BALAPAN DAN PADANG PENDIDIKAN KHAS DAERAH KOTA TINGGI KE KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG PENDIDIKAN KHAS NEGERI JOHOR 2017

By
Updated: July 9, 2017

Cetak
Pengetua/Guru Besar,
Program Integrasi Pendidikan Khas,
Sekolah-sekolah Daerah Kota Tinggi,

Tuan,
LATIHAN PUSAT BALAPAN DAN PADANG PENDIDIKAN KHAS DAERAH KOTA TINGGI KE KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG PENDIDIKAN KHAS NEGERI JOHOR 2017

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk dan berkaitan.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Negeri Johor 2016 akan diadakan pada 24 hingga 26 Julai 2017 di Batu Pahat, Johor.

3. Sehubungan dengan itu, pegawai / murid dari sekolah tuan telah dipilih untuk mengikuti latihan pusat bagi persediaan pasukan menyertai kejohanan tersebut. Untuk itu mohon kerjasama Pengetua / Guru Besar untuk memberikan pelepasan tugas / belajar kepada pegawai dan murid sebagaimana dalam butiran yang dilampirkan. Kos bagi makanan, minuman dan pengangkutan sepanjang latihan hendaklah ditanggung oleh pihak sekolah masing-masing. Latihan pusat akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh Latihan Pusat : 09 – 13 Julai 2017 & 16 – 20 &23 Julai 2017
Tempat Latihan Pusat : SK Laksamana
Tempat Latihan Pusat : Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (20 & 23 Julai 2017 – Latihan Balapan)
Masa : 7.00 pagi – 6.00 petang

Muat turun Lampiran / Dokumen