Hari Ini: Ahad, 20 Ogos 2017     Bahasa : English | B.Melayu

SEMAKAN DATA MURID TAHUN 2 YANG TIDAK MELEPASI KONSTRUK 1 DAN KONSTRUK 2 (SARINGAN 2/2016) YANG AKAN DIBUAT PENGESAHAN MURID BERKEPERLUAN KHAS ( OUTREACH ) DAERAH KOTA TINGGI 2017

By
Updated: July 9, 2017

Cetak
Pengetua/Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah
Kota Tinggi

Tuan,

SEMAKAN DATA MURID TAHUN 2 YANG TIDAK MELEPASI KONSTRUK 1 DAN KONSTRUK 2 (SARINGAN 2/2016) YANG AKAN DIBUAT PENGESAHAN MURID BERKEPERLUAN KHAS ( OUTREACH ) DAERAH KOTA TINGGI 2017

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pelaksanaan pengesahan murid berkeperluan khas akan dilaksanakan secara berkelompok oleh Panel Pelbagai Displin Daerah Kota Tinggi pada 16 Julai 2017 di SK Datuk Usman Awang, Kota Tinggi.

2. Sehubungan dengan itu, Guru Pemulihan / Guru Pemulihan Khas Linus diminta untuk membuat saringan murid Tahun 3 (seperti lampiran) bagi tujuan di atas. Bagi sekolah yang ada murid mempunyai ciri-ciri pendidikan khas berumur 9 tahun dan ke atas digalakkan turut serta bagi menjalani pemeriksaan untuk pengesahan murid berkeperluan khas.

3. Pihak kami akan mengadakan semakan dapatan saringan data murid- murid berkaitan terlebih dahulu sebelum sekolah-sekolah menghantar murid untuk pengesahan murid berkeperluan khas ( outreach ) Daerah Kota Tinggi 2017. Semakan dapatan data murid akan diadakan pada ketetapan berikut :

2.1 Tarikh : 11 Julai 2017 ( Selasa )
2.2 Masa : 2.15 petang
2.3 Tempat : Dewan Seri Warisan, PPD Kota Tinggi

3. Pihak tuan diminta membenarkan, Guru Pemulihan Khas/Guru Pemulihan Khas Linus/ Guru Pendidikan Khas bagi sekolah rendah dan Guru Pendidikan Khas / Guru Intervensi bagi sekolah menengah hadir untuk membuat semakan saringan data murid bagi tujuan di atas. Dimaklumkan bahawa kemudahan makan, minum tidak disediakan oleh pihak penganjur.

Bersama ini disertakan surat dan lampiran untuk makluman dan tindakan tuan. Terima kasih

Muat turun Lampiran / Dokumen