Hari Ini: Selasa, 24 Oktober 2017     Bahasa : English | B.Melayu

PENGESAHAN MURID BERKEPERLUAN KHAS ( OUTREACH ) DAERAH KOTA TINGGI 2017

By
Updated: July 13, 2017

Cetak
Pengetua/Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Kota Tinggi

Tuan,

PENGESAHAN MURID BERKEPERLUAN KHAS ( OUTREACH )
DAERAH KOTA TINGGI 2017

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa pelaksanaan pengesahan murid berkeperluan khas akan dilaksanakan secara berkelompok oleh Panel Pelbagai Displin Daerah Kota Tinggi.

3. Sehubungan dengan itu, bagi sekolah-sekolah yang telah disenaraikan seperti Lampiran A diminta hadir bagi menjalani pemeriksaan untuk pengesahan murid berkeperluan khas pada ketetapan berikut:

Tarikh : 16 Julai 2017 (Ahad )
Masa : 7.30 pagi – 5.00 petang (Pendaftaran 7.30 pagi)
Tempat : SK Datuk Usman Awang, Kota Tinggi

3. Pihak tuan diminta memaklumkan ibubapa/penjaga murid berkenaan pengesahan tersebut. Seorang Guru Pemulihan atau Guru Pendidikan Khas atau Guru Intervensi diminta hadir membantu ibubapa/penjaga murid untuk menguruskan pengesahan anak mereka. Sekiranya ibubapa/penjaga tidak dapat membawa anak mereka untuk pengesahan, mohon kebenaran ibubapa/penjaga untuk guru membawa anak mereka membuat pengesahan berkenaan. Bersama –sama ini disertakan Lampiran B senarai dokumen dan bahan yang diperlukan bagi tujuan pengesahan tersebut. Dokumen dan bahan tersebut hendaklah dibawa bersama bagi tujuan di atas. Dimaklumkan bahawa kemudahan makan, minum tidak disediakan oleh pihak penganjur.

Muat turun Lampiran / Dokumen