Hari Ini: Jumaat, 21 Julai 2017     Bahasa : English | B.Melayu

JEMPUTAN MAJLIS PERASMIAN PUSAT SEHENTI FERTIGASI KG FELDA SEMENCHU, KOTA TINGGI DAN MENANDATANGANI MOU BERSAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA TINGGI

By
Updated: July 16, 2017

Cetak
Pengetua/Guru Besar,
Program Integrasi Pendidikan Khas,
Sekolah-sekolah Daerah Kota Tinggi,

Tuan,
JEMPUTAN MAJLIS PERASMIAN PUSAT SEHENTI FERTIGASI KG FELDA SEMENCHU, KOTA TINGGI DAN MENANDATANGANI MOU BERSAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA TINGGI.
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Unit Pendidikan Khas, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi berkolaborasi dengan Pusat Sehenti Fertigasi Felda Semenchu bagi menjalankan program pertanian moden di Program Pendidikan Khas Integrasi sekolah-sekolah daerah Kota Tinggi.

3. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi dengan kerjasama Pejabat Pertanian daerah Kota Tinggi akan mengadakan majlis di atas pada ketetapan berikut:

Tarikh : 18 Julai 2017 ( Selasa )
Masa Pendaftaran : 8.00 pagi
Masa Perasmiaan : 9.00 pagi
Tempat : Pusat Sehenti Fertigasi Kg Felda Semenchu,
Kota Tinggi.
Pakaian : Baju Melayu / Baju Kurung
Perasmi : Yang Berhormat tuan Haji Ismail bin Mohamed
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian & Industri Asas tani Negeri Johor

4. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak tuan untuk hadir ke majlis di atas. Bagi makluman tuan pihak penganjur akan menyampaikan bantuan kursus asas serta set mini fertigasi kepada semua sekolah yang mempunyai program pendidikan khas integrasi. Bersama-sama ini disertakan surat jemputan dan tentatif utntuk makluman tuan. Sebarang pertanyaan berkaitan, sila hubungi Encik Tarmizi bin Muhammad, Penolong PPD Pendidikan Khas/Pemulihan di talian 07-8833249 atau 019-7137177

Kad Jemputan juga telah dimasukkan dalam peti surat di PPD Kota Tinggi

Muat turun Lampiran / Dokumen