Hari Ini: Jumaat, 24 November 2017     Bahasa : English | B.Melayu

KURSUS ORENTASI SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) DI BAWAH KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM) PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT DAERAH KOTA TINGGI 2017

By
Updated: October 25, 2017

Cetak
Pengetua
Program Pendidikan Khas Integrasi,
Sekolah-sekolah Daerah Kota Tinggi

Tuan,

KURSUS ORENTASI SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) DI BAWAH KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM) PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT DAERAH KOTA TINGGI 2017

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pendidikan Khas dan Pemulihan, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi akan mengadakan kursus di atas seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 30 Oktober 2017 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Bandar, Kota Tinggi

3. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan untuk membenarkan 2 orang guru pendidikan khas sekolah tuan menghadiri kursus tersebut. Dimaklumkan makan dan minum disediakan oleh pihak penganjur. Sila bawa bersama Laptop, wayar penyambung, pendrive dan bahan-bahan yang berkaitan untuk kursus di atas.

Muat turun Lampiran / Dokumen