Hari Ini: Jumaat, 23 Februari 2018     Bahasa : English | B.Melayu

SURAT SIARAN MENGENAI PELAKSANAAN ELAUN MURID BERKEPERLUAN KHAS (EMK) TAHUN 2018

By
Updated: February 5, 2018

Cetak
Pengetua/Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Kota Tinggi

Tuan,

SURAT SIARAN MENGENAI PELAKSANAAN ELAUN MURID BERKEPERLUAN KHAS
(EMK) TAHUN 2018
2. Bersama-sama ini dilampirkan surat berkenaan dan lampiran tambahan yang dengan sendirinya menerangkan maksudnya untuk makluman dan tindakan pihak tuan selanjutnya seperti berikut:

2.1 Surat Siaran Mengenai Pelaksanaan Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK) bagi
Tahun 2018.

2.2 Surat Pekeliling Kewangan Bil/1 Tahun 2012

2.3 Takwim Pengurusan EMK 2018 (LAMPIRAN A)

2.4 Manual Penggunaan Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB) Bagi Elaun Murid Berkerkeperluan Khas (EMK)

2.5 Borang Akuan Penerimaan Dokumen

2.6 Senarai PPPD Pendidikan Khas/Pemulihan (Pegawai Meja EMK), PPD Negeri Johor yang boleh dihubungi.

3. Sehubungan itu, pihak tuan dipohon untuk mematuhi perkara-perkara yang disenarai dan bagi mengelak kes keciciran permohonan dan penyaluran EMK 2018. Pihak tuan juga disaran membentuk jawatankuasa / Guru EMK di peringkat sekolah bagi memastikan pelaksanaan EMK tahun 2018 berjalan dengan lancar.

4. Pihak tuan juga diminta menghantar menghantar Borang Akuan Penerimaan Dokumen (hardcopy) dihantar ke Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi (u.p : Encik Tarmizi bin Muhammad, Penolong PPD Pendidikan Khas & Pemulihan) pada atau sebelum pada 28 Februari 2018. Semua sekolah di Negeri Johor adalah wajib menghantar Borang Akuan Penerimaan Dokumen.

5. Bagi makluman pihak tuan, sila muat turun surat siaran ini dan lampiran tambahan di Portal Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi iaitu di Laman Web : http://ppdkotatinggi.moe.gov.my

Muat turun Lampiran / Dokumen