Hari Ini: Khamis, 19 Julai 2018     Bahasa : English | B.Melayu

ARAHAN PELAKSANAAN SARINGAN KHAS 1 LITERASI BAHASA INGGERIS TAHUN 4 BAGI SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KOTA TINGGI TAHUN 2018

By
Updated: February 27, 2018

Cetak
Salam Muafakat Johor,

Makluman untuk Penyelaras LINUS bagi  setiap sekolah rendah Daerah Kota Tinggi.

Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah tuan perlu akur pada tarikh pelaksanaan dan pengisian data saringan Khas 1 Tahun 4 LINUS2.0 untuk Literasi Bahasa Inggeris seperti ketetapan berikut:

 

Saringan Lisan                                    : 4 hingga 9 Mac 2018

Saringan Bertulis                                : 15 hingga 20 April 2018

Pengisian data dalam portal NKRA: 22 April hingga 4 Mei 2018

Verifikasi data oleh PPDKT              : 6 hingga 7 Mei 2018

Murid terlibat dengan saringan       : Murid Tahun 4 yang Tidak Menguasai Saringan 2 LBI Tahun 3/ 2017 sahaja

 

Justeru itu, pihak tuan perlu mematuhi prosedur pelaksanaan Saringan, instrument saringan ditanda dan Borang Pelaporan Penguasaan Individu (BPPI) dilengkapkan dan keputusan saringan yang dimuatnaik ke dalam portal NKRA adalah tepat dan berintegriti.

 

Semoga dalam makluman dan tindakan tuan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

Muat turun Lampiran / Dokumen