Hari Ini: Isnin, 20 Ogos 2018     Bahasa : English | B.Melayu

JEMPUTAN PROGRAM PROMOSI myGAP (MALAYSIA GOOD AGRICULTURE PRATICES) SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KOTA TINGGI

By
Updated: March 29, 2018

Cetak
Pengetua / Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Kota Tinggi

Tuan,

JEMPUTAN PROGRAM PROMOSI myGAP (MALAYSIA GOOD AGRICULTURE PRATICES)
SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KOTA TINGGI

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi berkolaborasi dengan Jabatan Pertanian Negeri Johor bagi menjalankan Program Promosi myGAP ( Malaysia Good Agriculture Pratices ) Sekolah-Sekolah Daerah Kota Tinggi bagi memberi kesedaran kualiti tanaman dan makanan yang sihat kepada semua warga sekolah. Disamping itu juga diharap pihak sekolah dapat menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Pertanian Negeri bagi membantu sekolah-sekolah dalam menjayakan apa juga bentuk sumbangan bagi kepentingan sekolah. Program diatas akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 3 April 2018 ( Selasa )
Masa : 8.00 pagi – 2.00 petang
Tempat : SMK Bandar Penawar
Perasmi : Yang Berhormat Haji Ismail bin Mohamed ( P.S.I )
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan
Usahawan dan Koperasi Negeri Johor

3. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama Tuan Pengetua / Tuan Guru Besar untuk hadir program di atas. Bersama- sama ini disertakan atur cara majlis berkenaan untuk makluman dan tindakan tuan.

Muat turun Lampiran / Dokumen