Hari Ini: Khamis, 15 November 2018     Bahasa : English | B.Melayu

PENJAMINAN KUALITI KERJA KURSUS PBS SPM DAN MPEI TINGKATAN 5 2018. ( PEMANTAUAN DALAMAN ).

By
Updated: April 22, 2018

Cetak
ASSALAMULAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA

Semua Pengetua,

Sekolah Menengah Daerah Kota Tinggi.

Sukacita dimaklumkan bahawa, Jawatankuasa Penjaminan Kualiti yang terdiri daripada Ketua Pentaksir Kawasan (KPKW) dan Pentaksir Kawasan (PKW) mata pelajaran PBS SPM dan MPEI yang telah dilantik, akan melaksanakan penjaminan  kualiti  tugasan kerja kursus PBS SPM dan MPEI  bermula pada 6 Mei 2018 hingga 15 Mei 2018. Sehubungan dengan itu, pihak tuan diminta untuk melaksanakan pemantauan dalaman bagi memastikan pelaksanaan Kerja Kursus PBS SPM dan MPEI dilaksanakan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Bersama ini disertakan instrumen pemantauan pengurusan fail mata pelajaran PBS SPM dan MPEI untuk rujukan dan tindakan pihak tuan. Sekiranya ada sebarang kemusykilan, sila hubungi Mohd Azhar Bin Azis di talian 013-9399527.

Sekian, terima kasih.

 

Catatan :

Mata pelajaran Terlibat:

  • MP PBS SPM = Pendidikan Seni Visual
  • MPEI = Sains Rumah Tangga, Prinsip Perakaunan, Pertanian, Perniagaan, Reka Cipta.
  1. Satu Fail Induk.
  2. Fail mengikut panatia mata pelajaran PBS SPM dan MPEI.
  3. Fail mengikut guru mata pelajaran PBS SPM dan MPEI.

Muat turun Lampiran / Dokumen