Hari Ini: Khamis, 15 November 2018     Bahasa : English | B.Melayu

KERJA KURSUS MATA PELAJARAN ELEKTIF IKHTISAS (MPEI) SPM T5 2017/18. TAKLIMAT PENATARAN TUGASAN KERJA KURSUS DAN PENYELARASAN PENSKORAN PERINGKAT NEGERI JOHOR, MATA PELAJARAN GRAFIK KOMUNIKASI TEKNIKAL, SAINS SUKAN DAN SAINS KOMPUTER.

By
Updated: May 15, 2018

Cetak
ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA

Pengetua sekolah-sekolah menengah daerah Kota Tinggi

Sukacita dimaklumkan satu taklimat penskoran akan diberikan kepada guru yang dicalonkan bagi mata pelajaran di atas. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan untuk menamakan  SEORANG  guru berdasarkan kriteria berikut;

2.1     Ketua Panitia Mata Pelajaran / Guru Mata Pelajaran / Guru Lantikan Pengetua (WAJIB  mengajar di Tingkatan 5 bagi mata pelajaran di atas pada tahun semasa).

2.2     Guru yang dipilih hendaklah berkebolehan untuk memberikan latihan (LDP) kepada guru mata pelajaran di sekolah bertanggungjawab memberi taklimat, mentadbir, melaksanakan penjaminan kualiti dan mengeluarkan pelaporan kepada calon.

Maklumat taklimat:

1. TAKLIMAT PENYELARASAN PENSKORAN MATA PELAJARAN GRAFIK KOMUNIKAS TEKNIKAL.

Tarikh                       :  22 Mei 2018 (Selasa)

Masa                         :  8.30 pagi hingga 4.30 petang

Tempat                     :  PPD Muar

 

2. TAKLIMAT PENATARAN TUGASAN KERJA KURSUS MATA PELAJARAN SAINS SUKAN

Tarikh                       :  23 Mei 2018 (Rabu)

Masa                         :  8.30 pagi hingga 4.30 petang

Tempat                    :  SMK Dato’ Bentara Luar, Batu Pahat

 

3. TAKLIMAT PENYELARASAN PENSKORAN MATA PELAJARAN SAINS KOMPUTER

Tarikh                       :  24 Mei 2018 (Khamis)

Masa                         :  8.30 pagi hingga 4.30 petang

Tempat                    :  PPD Kota Tinggi

Bersama-sama ini disertakan lampiran surat arahan pergerakan kepada guru berkenaan. Surat asal  dimasukan ke dalam peti surat sekolah-sekolah di PPD kota Tinggi. Kerjasama dan keprihatinan tuan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Muat turun Lampiran / Dokumen