Hari Ini: Khamis, 15 November 2018     Bahasa : English | B.Melayu

LANGKAH-LENGKAH MENGURANGKAN AKAUN BELUM TERIMA (ABT) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

By
Updated: September 26, 2018

Cetak
Pengetua / Guru Besar

Sekolah-sekolah Daerah Kota Tinggi

 

Berikut dilampirkan surat daripada KPM rujukan KPM.400-1/4/6 JLD 15 (42) bertarikh 31 Mei 2018 berkenaan langkah-langkah untuk mengurangkan jumlah ABT KPM yang berjumlah RM293 juta antaranya menyarankan:

  1. Bagi mengurangkan jumlah ABT yang disebabkan oleh hutang bayaran terlebih emolumen, PTJ perlu mengambil langkah dengan mengarahkan pegawai terlibat untuk memohon pendahuluan diri.
  2. Bagi hutang ABT selain daripada hutang bayaran terlebih emolument, di mana is melibatkan penjawat awam yang masih aktif di dalam Payroll System iGFMAS, pegawai dikehendaki memohon pendahuluan diri daripada pihak Perbendaharaan (MOF) melalui Bahagian Kewangan KPM.
  3. Pegawai dan Ketua Jabatan yang gagal mengemukakan permohonan pendahuluan diri bagi tujuan bayaran terlebih emolumen boleh dikenakan tindakan surcaj/tatatertib seperti yang telah dinyatakan di dalam Akta Tatacara Kewangan 1957.
  4. Bagi ABT yang dijangkakan tidak ada harapan untuk dikutip walaupun segala usaha telah dilaksanakan sewajarnya, Ketua Jabatan diminta agar memohon hapuskira daripada Bahagian Kewangan KPM atau pihak Perbendaharaan (melalui Bahagian Kewangan KPM).

Kerjasama dan tindakan awal pihak tuan amat dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

Muat turun Lampiran / Dokumen