Hari Ini: Selasa, 23 April 2019     Bahasa : English | B.Melayu

KUIZ PERAKAUNAN MIA-SUNWAY TES 2019

By
Updated: March 26, 2019

Cetak
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kota Tinggi yang mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan.

2.   Sukacita dimaklumkan bahawa Malaysia Institute of Accountants (MIA) dan Sunway TES akan menganjurkan kuiz Perakaunan “AQ 2019″dengan mempelawa pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 yang mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan untuk menyertai pertandingan tersebut.

3.  Pendaftaran dan pusingan kelayakan (peringkat sekolah) secara atas talian telah bermula dari 28 Januari 2019 sehingga 21 April 2019 manakala pertandingan akhir Peringkat Kebangsaan akan diadakan pada 10 Ogos 2019.

4.  Bersama-sama ini disertakan surat Malaysia Institute og Accountants dan Sunway TES yang bertarikh 14 Mac 2019 untuk rujukan dan tindakan pihak tuan selanjutnya. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Henry Kong, Malaysian Institute of Accountants (MIA) menerusi talian 03-27229132 atau Encik Samsudin bin Mohd Aripin, Penolong PPD Teknik & Vokasional (Menengah) menerusi talian 013-7481109.

Sekian, terima kasih.

 

Muat turun Lampiran / Dokumen