Hari Ini: Ahad, 25 Ogos 2019     Bahasa : English | B.Melayu

TAKLIMAT PENATARAN TUGASAN TINGKATAN 4 DAN PENYELARASAN PENSKORAN TINGKATAN 5 KERJA KURSUS MPEI SPM 2019/2020 MATA PELAJARAN PERTANIAN (3729), SAINS SUKAN (4572), SAINS KOMPUTER (3770) DAN SAINS RUMAH TANGGA (3769).

By
Updated: July 18, 2019
Cetak

Kepada,

Semua Pengetua Sekolah Menengah Daerah Kota Tinggi.

Sukacita dimaklumkan satu taklimat penataran tugasan dan penskoran akan diberikan kepada guru yang dicalonkan bagi mata pelajaran di atas.

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan untuk menamakan  SEORANG  guru berdasarkan kriteria berikut;

1.     Ketua Panitia Mata Pelajaran / Guru Mata Pelajaran / Guru Lantikan Pengetua (WAJIB  mengajar di Tingkatan 5 bagi mata pelajaran di atas pada tahun semasa)

2. Guru yang dipilih hendaklah berkebolehan untuk memberikan latihan (LDP) kepada guru mata pelajaran tersebut di sekolah, bertanggungjawab memberi taklimat, mentadbir, melaksanakan penjaminan kualiti dan mengeluarkan pelaporan kepada calon.

Sekiranya, di sekolah tuan terdapat Ketua Pentaksir Kawasan (KPKw) dan Pentaksir Kawasan (PKw)  bagi subjek di atas. Sekolah tidak perlu menghantar guru mata pelajaran lain.

Maklumat taklimat adalah seperti di bawah:

Bersama-sama ini disertakan lampiran surat arahan pergerakan, cetakan surat asal telah dimasukan ke dalam peti surat sekolah-sekolah di PPD Kota Tinggi.

Kerjasama dan keprihatinan tuan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Muat turun Lampiran / Dokumen