Hari Ini: Ahad, 25 Ogos 2019     Bahasa : English | B.Melayu

TAKLIMAT PENYELARASAN PENSKORAN KERJA KURSUS MATA PELAJARAN ELEKTIF IKHTISAS (MPEI) SPM T5 2019 PERINGKAT DAERAH MATA PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN (3756), PENDIDIKAN SENI VISUAL (2611) DAN PERNIAGAAN (3766).

By
Updated: July 21, 2019
Cetak

Kepada,

Semua Pengetua Sekolah Menengah Daerah Kota Tinggi.

Sukacita dimaklumkan satu taklimat penyelarasan penskoran kerja kursus akan diberikan kepada guru yang dicalonkan bagi mata pelajaran di atas. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan untuk menamakan  SEORANG  guru berdasarkan kriteria berikut;

1.    Ketua Panitia Mata Pelajaran / Guru Mata Pelajaran / Guru Lantikan Pengetua (WAJIB  mengajar di Tingkatan 5 bagi mata pelajaran di atas pada tahun semasa).

2.      Guru yang dipilih hendaklah berkebolehan untuk memberikan latihan (LDP) kepada guru mata pelajaran tersebut di sekolah, bertanggungjawab memberi taklimat, mentadbir, melaksanakan penjaminan kualiti dan mengeluarkan pelaporan kepada calon.

Sekiranya, di sekolah tuan terdapat Ketua Pentaksir Kawasan (KPKw) dan Pentaksir Kawasan (PKw)  bagi subjek di atas. Sekolah tidak perlu menghantar guru mata pelajaran lain.

Maklumat taklimat adalah seperti di bawah :

Bersama-sama ini disertakan lampiran surat arahan pergerakan kepada guru berkenaan untuk disampaikan oleh tuan. Cetakan surat asal telah dimasukan ke dalam peti surat sekolah-sekolah di PPD Kota Tinggi. Pegawai yang boleh dihubungi sekiranya pihak tuan memerlukan sebarang penjelasan lanjut mengenai perkara tersebut adalah En. Mohd Azhar bin Azis di talian 013-9399527.

Kerjasama dan keprihatinan tuan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Muat turun Lampiran / Dokumen