Hari Ini: Selasa, 19 November 2019     Bahasa : English | B.Melayu

KETIDAKAKURAN PROSES KEMASUKAN MARKAH CALON BAGI KOMPONEN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2019

By
Updated: August 1, 2019
Cetak

Kepada semua pengetua daerah Kota Tinggi.,

Dimaklumkan bahawa, Lembaga Peperiksaan (LP) telah menetapkan tarikh kemasukan markah bagi komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian (SPPAT) bermula 1 hingga 30 Ogos 2019. Bagi mengelakkan masalah kesesakan dalam talian SPPAT mohon semua markah hendaklah dihantar sebelum atau pada 26 Ogos 2019.

Sehubungan dengan itu, mohon tuan memastikan sekolah tuan memasukkan markah dalam SPPAT dengan mematuhi semua prosedur dan tarikh yang telah ditetapkan oleh LP. Sekiranya gagal berbuat demikian ini akan memberi kesan kepada keputusan SPM calon di sekolah tuan.

Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan amat dihargai. Sekian, terima kasih.

Di sini disertakan salinan surat berkenaan, cetakan surat telah dimasukkan ke dalam peti surat sekolah-sekolah di PPD kota tinggi.

Terima kasih.

Muat turun Lampiran / Dokumen