Hari Ini: Selasa, 19 November 2019     Bahasa : English | B.Melayu

TAKLIMAT PENATARAN TUGASAN KERJA KURSUS MATA PELAJARAN ELEKTIF IKHTISAS (MPEI) TINGKATAN 4 MATA PELAJARAN SAINS SUKAN SPM 2019/ 2020 PERINGKAT NEGERI JOHOR.

By
Updated: August 16, 2019
Cetak

Pengetua Sekolah Menengah Daerah Kota Tinggi.

Sukacita dimaklumkan satu taklimat penataran tugasan kerja kursus tingkatan 4 akan diberikan kepada guru yang dicalonkan bagi mata pelajaran Sains Sukan. Maklumat taklimat seperti di bawah :

 

Tarikh   :  20 Ogos 2019 (Selasa)

Masa     :  9.00 pagi hingga 4.00 petang

Tempat   :  SMK Dato’ Ibrahim Majid, Kluang

 

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan untuk menamakan  SEORANG  guru berdasarkan kriteria berikut;

1.     Ketua Panitia Mata Pelajaran / Guru Mata Pelajaran / Guru Lantikan Pengetua (WAJIB  mengajar di Tingkatan 4 bagi mata pelajaran di atas pada tahun semasa).

2.      Guru yang dipilih hendaklah berkebolehan untuk memberikan latihan (LDP) kepada guru mata pelajaran tersebut di sekolah, bertanggungjawab memberi taklimat, mentadbir, melaksanakan penjaminan kualiti dan mengeluarkan pelaporan kepada calon.

Sekiranya, di sekolah tuan terdapat Ketua Pentaksir Kawasan (KPKw) dan
Pentaksir Kawasan (PKw)  bagi subjek di atas. Sekolah tidak perlu
menghantar guru mata pelajaran lain.

Bersama-sama ini disertakan salinan softcopy surat arahan pergerakan kepada guru berkenaan , surat cetakan telah dimasukan ke dalam peti
surat sekolah-sekolah di PPD Kota Tinggi.

Kerjasama dan keprihatinan tuan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Muat turun Lampiran / Dokumen