Hari Ini: Ahad, 20 Ogos 2017     Bahasa : English | B.Melayu

Piagam Pelanggan

KAMI WARGA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA TINGGI DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM SERTA BERPEGANG KEPADA SLOGAN KOTA TINGGI MENGUNGGULI” BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK MEMASTIKAN :

 

  1. Peratus peratus murid yang mendaftar mendapat tempat dan kemudahan belajar pada hari pertama persekolahan.

 

  1. Proses penempatan guru dilaksanakan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas senarai bekalan guru diterima di Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi.

 

  1.  Proses pertukaran guru diuruskan dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh tutup permohonan sehingga tarikh surat penempatan pertukaran (dalam negeri) /kelulusan pertukaran (dalam daerah) diterima.

 

  1. Proses pengurusan aduan awam dilaksanakan dengan cekap dan berkesan dalam tempoh 15 hari bekerja.

 

  1.  Menentukan semua guru dan AKP mendapat latihan dalam perkhidmatan

sekurang-kurangnya 7 hari setahun.

 

  1. Proses bimbingan kepimpinan sekolah dilaksanakan sekurang-kurangya 3 kali setahun untuk meningkatkan prestasi band sekolah.

 

  1. Proses bimbingan dalam aspek pedagogi dilaksanakan sekurang-kurangnya 3 kali setahun untuk setiap guru dibimbing (GDB) bagi meningkatkan kompetensi guru.

 

  1. Urusan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan perjawatan guru-guru dan AKP diuruskan dalam tempoh 1-3 tahun dari tarikh lantikan.

 

  1.  Tuntutan bayaran dijelaskan dalam tempoh 14 hari setelah dokumen lengkap diterima.