Hari Ini: Jumaat, 21 Julai 2017     Bahasa : English | B.Melayu

Sejarah Penubuhan

Seiring dengan pembangunan pesat pendidikan di Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia mula melaksanakan kewujudan satu organisasi pendidikan di setiap daerah atau jajahan di setiap negeri-negeri iaitu Pejabat Pendidikan Daerah termasuklah di daerah Kota Tinggi.

Terletak kira-kira 42km dari Johor Bahru, Kota Tinggi merupakan daerah yang kaya dengan peninggalan sejarah seperti makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, kubu Jepun dan Johor Lama sehingga digelar sebagai ‘Kota Tinggi Daerah Bersejarah’.

Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi telah ditubuhkan pada 21 September 1965 di bawah pentadbiran seorang Pengelola Sekolah-sekolah iaitu Tuan Haji Abu Bakar bin Ali dan beberapa orang pegawai dan staf sokongan. Ia terletak di Bangunan Kerajaan Jalan Padang, Kota Tinggi.

Mulai tahun 1982, pejabat ini telah berpindah ke Bangunan Wisma Lim Han Koon di Jalan Ibrahim, Kota Tinggi (tepi sungai) dengan mendapat pertambahan pegawai. Pejabat ini telah diterajui oleh En. Omar bin Abdul Rashid sebagai Pegawai Pendidikan Daerah mulai dari 1.6.1982 hingga 30.11.1986.

Pada akhir 1986, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi telah menyewa ruang pejabat di Bangunan Sultan Iskandar yang baru dibuka dan dirasmikan oleh Tunku Mahkota Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar pada 16 April 1987 bersamaan 17 Sya’aban 1407 sehinggalah ke hari ini.

 

SENARAI NAMA PENERAJU PENDIDIKAN DAERAH KOTA TINGGI

BIL NAMA TEMPOH PERKHIDMATAN
1 Tn. Hj. Kasmuri bin Sadiman 01.12.1986 – 31.01.1990
2 En. Abdul Malek bin Ismail 01.02.1990 – 31.07.1993
3 Tn. Hj Yaakop bin Ederis 10.08.1993 – 31.12.1994
4 En. Ibrahim bin Ismail 01.01.1995 – 15.02.1996
5 Tn. Hj Alias bin Abd. Rahman 16.02.1996 – 03.12.1997
6 Tn. Hj. Ramli bin Hj. Abdullah 01.01.1998 – 15.12.1998
7 Tn. Hj. Saripan bin Rakob 16.12.1998 – 31.07.2001
8 En. Abas bin Mohamad 01.08.2001 – 15.01.2002
9 En. Hj. Sufaat bin Tumin 16.08.2002 – 31.07.2004
10 En. Md Hasidin bin Zaini 01.08.2004 – 15.01.2005
11 En. Mohd Nor bin A. Ghani 16.01.2005 – 30.03.2006
12 Tn. Hj. Marsono bin Legino 01.05.2006 – 31.07.2007
13 En. Mohd Zamri bin Sabran 16.09.2007 – 16.09.2008
14 Tn. Hj. Mohd Zakaria bin Yusof 16.10.2008 – 16.05.2010
15 En. Md Buang bin Saibani 01.07.2010 – 30.1.2012
16 En.Md Din Bin Hussien 01.2.2012 – sekarang

 

Daerah Kota Tinggi mempunyai 22 Sekolah Menengah dan 74 Sekolah Rendah dengan bilangan guru sebanyak 1204 guru lelaki, 2185 guru perempuan ( 3389 ), kakitangan bukan guru 266 lelaki, 410 perempuan( 676) dan 20, 343 pelajar lelaki dan 19, 453 pelajar perempuan ( 39, 796 ).