Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara diatas.
Untuk makluman tuan, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM akan mengadakan Audit Fokus bersama Pengetua/Guru Besar sekolah Menengah dan Rendah dirancangan FELDA.
Maklumat awal berkaitan lokasi Audit Fokus tersebut adalah seperti berikut:
AUDIT FOKUS SEKOLAH MENENGAH
Tarikh : 11 Mei 2016
Tempat : Pejabat Pendidikan Daerah Kluang, Johor
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
AUDIT FOKUS SEKOLAH RENDAH
Tarikh : 11 April 2016
Tempat : Pejabat Pendidikan Daerah Kulai, Johor
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Sehubungan itu, tuan diminta memuat turun tapak yang disediakan dan menyediakan bahan pembentangan dengan menggunakan tapak power point tersebut.
Segala perhatian dan kerjasama pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.Semoga dalam makluman dan tindakan tuan.
Sekian terima kasih
En Samsudin bin Mohd Aripin
Penolong PPD Teknik dan Vokasional