Untuk makluman tuan, KiDT telah dibuka pada 1 Disember 2015 di laman sesawang http://mygfl.moe.gov.my dan pelaksanaan bagi semua sekolah menengah dan rendah akan bermula pada 11 Januari 2016.
2. Sehubungan dengan itu, semua pentadbir dan guru yang belum menjalani i-THINK hendaklah mengikuti KiDT dan menamatkan kursus tersebut sebelum akhir tahun 2016 iaitu dalam Gelombang 2 PPM (2016-2020).
3. Mohon kerjasama tuan untuk memuat turun bahan yang berkaitan dengan kursus tersebut. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Ahmad Farid bin Hashim, Pen. PPD Bahasa Inggeris (M) menerusi talian 012-7691387.
Sekian, terima kasih.