Pengetua Sekolah Menengah Daerah Kota Tinggi.
Sukacita dimaklumkan satu taklimat penataran tugasan kerja kursus tingkatan
4 akan diberikan kepada guru yang dicalonkan bagi mata pelajaran di atas.
Maklumat taklimat seperti di bawah :
Tarikh
: 20 Ogos 2019 (Selasa)
Masa
: 9.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat
: SMK Dato’ Ibrahim Majid, Kluang
Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan untuk menamakan
SEORANG guru berdasarkan kriteria berikut;
1. Ketua Panitia Mata Pelajaran / Guru Mata
Pelajaran / Guru Lantikan Pengetua
(WAJIB mengajar di
Tingkatan 4 bagi mata pelajaran di atas pada tahun semasa).
2. Guru yang dipilih hendaklah berkebolehan
untuk memberikan latihan (LDP) kepada guru mata pelajaran tersebut di sekolah,
bertanggungjawab memberi taklimat, mentadbir, melaksanakan penjaminan kualiti
dan mengeluarkan pelaporan kepada calon.
Sekiranya, di sekolah tuan terdapat Ketua Pentaksir Kawasan (KPKw) dan
Pentaksir Kawasan (PKw) bagi subjek di atas. Sekolah tidak perlu
menghantar guru mata pelajaran lain.
Bersama-sama ini disertakan salinan
softcopy surat arahan
pergerakan kepada guru berkenaan , surat cetakan telah dimasukan ke dalam peti
surat sekolah-sekolah di PPD Kota Tinggi.
Kerjasama dan keprihatinan tuan amat dihargai.
Sekian, terima kasih.