Pelaksanaan Kerja Lapangan / Tugasan / Kerja Projek / Pentaksiran Lisan / Pentaksiran Amali Solat, Tilawah Dan Hafasan Al-Quran Bagi Mata Pelajaran Geografi, Sejarah, Reka Bentuk Dan Teknologi, Asas Sains Komputer, Bahasa Arab Dan Pendidikan Islam Bagi Pentaksiran Tingkatan 3 ( PT3).

Cetak / View PDF
Pengetua Sekolah Menengah

Daerah Kota Tinggi.

Tuan,

PELAKSANAAN KERJA LAPANGAN / TUGASAN / KERJA PROJEK / PENTAKSIRAN LISAN / PENTAKSIRAN AMALI SOLAT, TILAWAH DAN HAFASAN AL-QURAN BAGI MATA PELAJARAN GEOGRAFI, SEJARAH, REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI, ASAS SAINS KOMPUTER, BAHASA ARAB DAN PENDIDIKAN ISLAM BAGI PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 ( PT3).

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 5 Tahun 2018 yang bertarikh 29 November 2018 berkaitan format instrumen bahru telah dikeluarkan dan berkuatkuasa mulai tahun 2019.

Pelaksanaan Kerja Lapangan / Tugasan / Kerja Projek / Pentaksiran Lisan / Pentaksiran Amali Solat, Tilawah Dan Hafasan Al-Quran Bagi Mata Pelajaran Geografi, Sejarah, Reka Bentuk Dan Teknologi, Asas Sains Komputer, Bahasa Arab Dan Pendidikan Islam akan diambil kira dalam jumlah skor PT3.

Pihak sekolah perlu melaksanakan Kerja Lapangan / Tugasan / Kerja Projek / Pentaksiran Lisan / Pentaksiran Amali Solat, Tilawah Dan Hafasan Al-Quran berdasarkan jadual seperti berikut :

Pihak sekolah juga perlu memastikan jumlah skor Kerja Lapangan/ Tugasan/ Kerja Projek/ Pentaksiran Lisan/ Pentaksiran Amali Solat, Tilawah dan Hafazan Al-Quran bagi mata pelajaran yang berkenaan diisi dalam Aplikasi PT3 seperti di laman sesawang https://pt3.moe.gov.my  yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan pada setiap tahun.

Panduan Pelaksanaan Kerja Lapangan/ Tugasan/ Kerja Projek/ Pentaksiran Lisan/ Pentaksiran Amali Solat, Tilawah dan Hafazan Al-Quran Tahun 2019 bagi mata pelajaran yang berkaitan telah dimuat naik dan boleh dicapai melalui alamat http://bpk.moe.gov.my/. Panduan tersebut perlu dibaca bersama-sama Surat Siaran Lembaga Peperiksaan 5 Tahun 2018 yang bertarikh 29 November 2018.

Pihak sekolah boleh memuat turun panduan yang berkenaan di lampiran di bawah. Diharapkan perkara ini di dalam makluman dan tindakan pihak tuan,  Segala kerjasama dan keprihatinan tuan, kami ucapkan terima kasih. Sekian.

Muat turun Lampiran / Dokumen

X