GALAKKAN PEMBUDAYAAN PELANTAR PEMBELAJARAN MAYA ALTERNATIF GOOGLE CLASSROOM DAN PORTAL DIGITAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI JOHOR TAHUN 2020

Cetak / View PDF
Pengetua dan Guru Besar,

Dengan segala hormatnya, surat siaran KPM KPM/TKPPM/DPP/1/15 Jld.3 (58) bertarikh 5 Julai 2019 adalah dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, semua sekolah negeri Johor digalakkan menggunakan Google Classroom dan Portal Digital KPM bermula sesi persekolahan 2020 menggunakan pautan berikut : http://www.moe-dl.edu.my (http://www.moe-dl.edu.my/). Pihak sekolah juga digalakkan untuk mengedar dan mengaktifkan ID guru dan ID Murid baru

3. Mohon kerjamsama Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Johor untuk mengedarkan surat galakkan pembudayaan berkenaan ke seluruh sekolah di daerah tuan. Bersama-sama dengan email ini saya lampirkan surat daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor untuk tindakan pihak tuan.

4. Sebarang pertanyaan mengenai bengkel ini, pihak tuan boleh menghubungi En. Mohd Faruze bin Iberahim, Penolong Pengarah (Aplikasi dan Media Pendidikan) di talian 013-9038612 / 07-5581893 . Kerjasama tuan dalam hal ini amat dihargai dan diucapkan terima kasih.

Sekian, terima kasih.