GARIS PANDUAN PENGGUNAAN PERUNTUKAN BAGI PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

Cetak / View PDF
Pengetua / Guru Besar

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Kohort 5

Daerah Kota Tinggi

 

Tuan,

 

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN PERUNTUKAN BAGI PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

 

Dengan segala hormatnya surat dari Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia KPM.400-5/1/11 JLD.29(91) bertarikh 13 Februari 2018 adalah dirujuk.

2.           Bersama-sama ini disertakan sesalinan Garis Panduan Penggunaan Peruntukan Bagi Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) yang dengan sendiri menerangkan maksudnya. Pihak sekolah sentiasa diingatkan agar membelanjakan peruntukan yang diberi berdasarkan Garis Panduan Penggunaan Peruntukan Bagi Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) dan peraturan kewangan sedia ada berdasarkan Arahan Perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa.

3.           Segala kerjasama yang diberikan berkaitan perkara ini diucapkan jutaan terima kasih.

 

Sekian.  Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Muat turun Lampiran / Dokumen

X