PEMANTAUAN KENDIRI SESI PERSEKOLAHAN AKHIR TAHUN 2020 NEGERI JOHOR

Cetak / View PDF
Pengetua / Guru Besar

Sekolah Menengah / Sekolah Rendah

Daerah Kota Tinggi

 

Tuan,

PEMANTAUAN KENDIRI SESI PERSEKOLAHAN AKHIR TAHUN 2020

Dengan segala hormatnya surat Jabatan Pendidikan Negeri Johor, JPNJ.REN.600-9/1/1(01) bertarikh 22 November 2020 adalah dirujuk.

2.     Sehubungan itu, pihak sekolah hendaklah membuat pemantauan kendiri sekolah masing-masing secara atas talian http://appsjohor.moe.gov.my/sppj/ mulai 23 November 2020 hingga 6 Disember 2020 bagi tujuan pemantauan akhir tahun sesi persekolahan 2020.

3.     Sebarang kemusykilan mengenai perkara ini, sila hubungi En. Mohd Ellif Bin Sarian, Penolong PPD Menengah & Tingkatan 6, Sektor Pengurusan Sekolah, PPD Kota Tinggi di talian 07-8833251. Kerjasama dan perhatian pihak tuan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 Sekian. Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Muat turun Lampiran / Dokumen

X