PANDUAN DAN SENARAI SEMAK PENGURUSAN PEMBUKAAN SEKOLAH/INSTITUSI PENDIDIKAN BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2021

Cetak / View PDF
Pengetua / Guru Besar

Sekolah Menengah / Sekolah Rendah

Daerah Kota Tinggi

 

Tuan,

 

PANDUAN DAN SENARAI SEMAK PENGURUSAN PEMBUKAAN SEKOLAH/INSTITUSI PENDIDIKAN BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2021

 

Dengan segala hormatnya surat Jabatan Pendidikan Negeri Johor, JPNJ.MEN.500-2/1/1(29) bertarikh 14 Januari 2021 adalah dirujuk.

 

2.        Bersama-sama ini dimajukan surat dari Jabatan Pendidikan negeri Johor untuk dimaklumkan kepada semua sekolah di bawah pentadbiran tuan dan diambil tindakan seperti berikut:

2.1       Pengetua dan Guru Besar menjadikan senarai semak ini sebagai panduan untuk pengurusan dan pembukaan sekolah tahun 2021.

2.2       Pengetua dan Guru Besar hendaklah mengisi senarai semak ini dan memastikan sekolah di bawah pentadbirannya telah melaksanakan semua aspek yang tersenarai dalam senari semak sebelum sesi persekolahan tahun 2021 bermula

2.3       Pengetua dan Guru Besar hendaklah membuat tindakan penambahbaikan kepada perkara yang tidak akur kepada arahan senarai semak

2.4       Senarai semak ini perlu diisi oleh semua Pengetua dan Guru Besar dalam google form yang boleh diakses di pautan http://bit.ly/senaraisemakKPM2021 bermula pada 15 Januari 2021 dan berakhir pada 27 Januari 2021.

 

3.         Sebarang kemusykilan mengenai perkara ini, sila hubungi En. Mohd Ellif Bin Sarian, Penolong PPD Menengah & Tingkatan 6, Sektor Pengurusan Sekolah, PPD Kota Tinggi di talian 07-8833251. Kerjasama dan perhatian pihak tuan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian. Terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Muat turun Lampiran / Dokumen

X