Objektif Pejabat Pendidikan Daerah berharap dapat :-
Memastikan program pendidikan di sekolah-sekolah disusun, dirancang dan dilaksanakan dengan kemaskini.
Membentuk sikap dan fikiran yang positif di kalangan Guru Besar/Pengetua.
Meningkatkan kualiti dan kuantiti bimbingan ikhtisas di kalangan Guru Kanan dan
guru-guru.
Meningkatkan penyertaan menyeluruh dalam kegiatan kurikulum dan ko kurikulum.
Mempertingkatkan penerapan dan penghayatan nilai-nilai agama dan moral.
Mewujudkan budaya sekolah yang sihat, selamat dan selesa dari segi mental, fizikal dan sosial.
Menjalankan tugas-tugas harian yang berbentuk rutin dengan cepat, cekap dan tepat.
Menjalankan tugas-tugas penyeliaan sekolah minimum sekali bagi setiap buah sekolah dalam masa setahun.